in

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/ 2019 Online

Cara Semak Keputusan PSPM Matrikulasi 2018-2019 Online. Buat pelajar Matrikulasi KPM, Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/ 2019 boleh disemak secara online seperti ketetapan di bawah ini. Semakan juga boleh dibuat melalui SMS.

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2016

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/ 2019 Online

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I Sesi 2018/2019

  • Keputusan PSPM II Sesi 2018/2019 akan diumumkan pada 5 Disember 2018 (Rabu) bermula jam 1000 pagi

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I Sesi 2018/2019

  • Keputusan PSPM I Sesi 2018/2019 akan diumumkan pada 5 Disember 2018 (Rabu) bermula jam 1000 pagi

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester III Sesi 2018/2019

  • Keputusan PSPM I Sesi 2018/2019 akan diumumkan pada 5 Disember 2018 (Rabu) bermula jam 1000 pagi

Syarat Kelayakan Meneruskan pengajian

Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk Panduan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019.

Berikut adalah syarat kelayakan sesi 2016-2017 sebagai rujukan.

A. Calon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester 1

  1. Pelajar mendapat keputusan semester 1 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 2.
  2. Pelajar jurusan sains (Modul I,II,III) yang memperoleh keputusan semester 1 GPA 2.0 dan kebawah pada semester 1 akan diberikan status gagal dan meneruskan pengajian ke semester 2 Program Dua Tahun.
  3. Pelajar jurusan sains, teknikal dan perakaunan yang mendapat keputusan semester 1 dibawah GPA 2.0 akan diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.
  4. Pelajar repeat (mengulang) yang memperoleh GPA 2.0 kebawah diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.
POST MENARIK  Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK 2016

B. Calon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester 1

  1. Pelajar mendapat keputusan semester 1 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 2.
  2. Pelajar memperoleh keputusan semester 1 GPA 1.5 < 2.0 dan gagal kali pertama akan meneruskan pengajian ke semester 2.
  3. Pelajar yang mendapat keputusan semester 1 dibawah GPA 1.5 akan diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.

C. Calon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester 3

  1. Pelajar mendapat keputusan semester 3 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 4.
  2. Pelajar memperoleh keputusan semester 3 GPA 1.5 < 2.0 dan gagal kali pertama akan meneruskan pengajian ke semester 4.
  3. Pelajar yang mendapat keputusan semester 3 dibawah GPA 1.5 diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.
POST MENARIK  Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Status Permohonan

Cara Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi 2018/ 2019

  1. Semakan Online
  2. Semakan SMS
    • Taip MOE MAK < NO KAD PENGENALAN > hantar ke 15888
  3. Panggilan Telefon
    • Hubungi Kolej Matrikulasi anda atau;
    • Hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4108 atau 03-8884 4083.

Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan matrikulasi yang akan diumumkan ini. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA melalui Permohonan UPU 2019 online.

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Status Permohonan

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online