, , , , , , ,

Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terbaru

Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terbaru. Sedia maklum yang keputusan UPSR telah diumumkan pada 17 November 2016 lalu. Namun keputusan pencapaian UPSR 2016 telah mencatatkan pengurangan yang ketara ekoran perubahan format UPSR yang baru. Pelajar yang berjaya mendapat semua A iaitu 6A hanya sekitar 1.12 peratus atau hanya seramai 4,896 pelajar. Demikian, KPM telah mengeluarkan satu kenyataan media yang memaklumkan syarat dan kriteria terbaru pemilihan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2017.

Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terbaru

Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terbaru

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan kriteria lain yang diambil kira pemilihan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 tahun 2017 Terbaru beserta kenyataan media dari pihak Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) :

POST MENARIK  Keputusan Anugerah Melodi 2016 TV3 Melodi
  1. Syarat minimum pencapaian akademik dalam peperiksaan UPSR adalah sekurang-kurangya 3A dan 3B
  2. Kedudukan (ranking) pemilihan dan penempatan murid ke SBP tidak bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik sahaja
  3. Selain pencapaian akademik, skor merit pemilihan dan penempatan murid akan mengambil kira komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan juga Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) yang diterangkumkan di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Terbaru

Semoga Syarat Kelayakan Kemasukan SBP Tingkatan 1 dan kriteria pemilihan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan pelajar dalam membuat permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1.

(Visited 631 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *